iLancee – Fungsi dan Kelebihan Portal Servis Kerja Dari Rumah Ini!

Mesti dikalangan korang tertanya-tanya…

Best ker ilancee nie? Macam tiru fiverr jek… 😛

Selamat ke tidak sistem ilancee nie..yerlaa dah sampai 2kali dengar khabar pusat servis jual beli ini ditutup…

Servis apa yang boleh ditawarkan kat ilancee tue? servis tukar tiub motor boleh tak?

Confirm pihak dierorang nie membayar kat kita ker? Aku dah serik join program2 macam nie…mula2 memang cantik payment last2 nanti kelaut gak…admin makan sorang jek duit tue…. ( Ish2 bro..program macam mana bro join tue..MLM ker? 😛 )

Hoho! Nak terang secara tepat ilancee.com nie saya bukanlah owner sebenar pon…nama domain blog nie jek tiru nama owner sebenar portal ilancee tue sebab nak masuk contest yang mereka anjurkan tue…

ilancee.com, ilancee.com review, kerja dari rumah dengan ilancee, pust servis online, pusat jual beli online, contest ilancee.com,

Menang confirm punya takde laa….Kalah memang dah bleh ramal dari awal lagi laa tapi setidak-tidaknya cuba jek laa masuk contest nie sebab hadiah yang ditawarkan pon boleh tahan juga… 🙂

Sebelum citer bab contest, nak kasik habaq dulu pasa fungsi yang ada dalam ilancee nie :

  • Di dalam portal iLancee ada dua fungsi utama yang wajib untuk anda ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller.
  • Untuk buyer, anda bebas dan boleh beli apa-apa saja servis di iLancee dengan yakin dan selamat kerana sebarang bentuk pembayaran akan diterima oleh admin iLancee terlebih dahulu sebelum ianya diserahkan kepada Seller yang telah selesaikan tugas tersebut.
  • Apabila Seller telah menyiapkan kerja tersebut dan notis makluman dihantar kepada Buyer, barulah admin ilancee akan membuat pembayaran kepada Seller…. ( admin ilancee telus dan jujur orangnya… 🙂 )
  • Untuk makluman pengguna setiap servis  yang ditawarkan pihak admin akan mengambil 20% sebagai tanda jadi daripada jumlah harga tersebut. Contohnya. Harga jumlah servis adalah RM50. Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada iLancee.

ilancee.com, ilancee.com review, kerja dari rumah dengan ilancee, pust servis online, pusat jual beli online,

Bagaimana Untuk Menjual di iLancee?

  • Bina sebarang servis yang anda ingin mempunyai kepakaran kepada ilancee.
  • Kongsikan servis tersebut samada  di laman sosial, blog, iklan atau mana-mana yang dirasakan sesuai.
  • Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis tersebut.
  • Selepas kerja tersebut disiapkan, pihak admin akan membayar upah kepada anda sebanyak 80%…(banyak tue beb!)
  • Anda boleh terus keluarkan duit terkumpul ini kedalam akaun bank anda.
  • Enjoy dan joli sakan lah duit anda tue yer!

Bagaimana Nak Membeli di iLancee?

  • Cari servis yang anda minat dan DIPERLUKAN dari portal ilancee.
  • Kemudian anda harus membayar mengggunakan FPX/Kad Kredit/Online Bankin kepada admin.
  • Setelah anda bayar, anda boleh mula melihat progress kerja dari seller tersebut.
  • Tempahan yang telah siapkan akan dimaklumkan kepada anda.
  • Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana kurang @ silap JIKA anda…tapi janganlah cerewet sangat yer! 😛
  • Apabila kerja telah selesai, anda WAJIB untuk berikan rating kepada kerja seller samaada baik atau tidak. Ini penting untuk memastikan ada check and balance kepada sebarang bentuk kerja online yang ditawarkan di portal tersebut.

ilancee.com, ilancee.com review, kerja dari rumah dengan ilancee, pust servis online, pusat jual beli online,

Terma dan Syarat di iLancee

Versi Yang Diambil Dari Laman Rasmi iLancee.com

  1. Seller dan buyer TIDAK BOLEH bertukar-tukar maklumat hubungi melalui chat atas apa tujuan sekalipun. Jika anda didapati melanggar peraturan ini, akaun anda akan di BAN serta merta dan duit terkumpul akan di bekukan….( korang yang rugi beb! )
  2. Dana refund buyer yang tidak puas hati dari mana-mana servis yang seller tawarkan, ianya akan dikembalikan ke dalam akaun iLancee buyer secara berjadual oleh sistem. Dana refund tidak akan dikembalikan ke dalam akaun bank. Akan tetapi dana ini buyer HANYA boleh gunakan balik untuk membeli servis lain di iLancee di masa akan datang.
  3. Jika pengguna inginkan juga di refund ke dalam bank, pengguna harus menutup akaun iLancee dan kami refund semua dana anda. Cas 5% sebagai cas transaksi akan dikenakan…. ( abis mereka dah rugi tapi masih pulang semula duit korang tue… )
  4. Umur akaun yang ingin ditutup hendaklah melebihi sebulan dari tarikh daftar dan juga tarikh proses jual beli (untuk tujuan keselamatan).
  5. Segala pembayaran servis dari buyer AKAN diterima oleh admin terlebih dahulu. Admin hanya akan membayar seller setelah kerja yang seller tawarkan itu selesai. Ini keselamatan paling tinggi di iLancee untuk mengelakkan sebarang penipuan ( fraud case )
  6. Cas setiap transaksi adalah 20%. Ini bermakna, jika harga servis seller RM50, kami akan bayar kepada seller RM40 dan RM10 adalah hak milik kami. 20% ini termasuk cas pembayaran (senangPay) dan juga kos pengendalian website (hosting dan lain-lain kos).
  7. Sebagai seller, anda mesti mendapatkan pakej seller yang telah kami tetapkan. Ini untuk kami menapis seller yang betul-betul minat untuk menjual servis di iLancee.
  8. Wang pembelian pakej seller adalah tiada refund dan muktamad.
  9. Sebarang perubahan keatas terma dan syarat ini boleh anda rujuk di portal rasmi ilancee.com!

Ok! cerita serba ringkas pasal iLancee – portal servis online untuk mereka yang berminat kerja dari rumah telah saya sampaikan. Contoh kerja di iLancee macam mana pulak? Boleh tawarkan servis tukar tiub tayar motor ker? servis baiki mesin basuh jenama xyz ker? Servis jd spy isteri tuan ikhsan yang curang tue ker?

Antara servis yang boleh ditawarkan di iLancee termasuklah…

ilancee.com, ilancee.com review, kerja dari rumah dengan ilancee, pust servis online, pusat jual beli online, contest ilancee.com, contoh servis ilancee

ilancee.com, ilancee.com review, kerja dari rumah dengan ilancee, pust servis online, pusat jual beli online, contest ilancee.com, contoh servis ilancee

 

Nah! Sekarang nampak tak potensi buat duit online dari ilancee nie? Masih ramai yang ingat ilancee dah berkubur. So masa awal-awal macam nie laa korang sambar nak bina kredibiliti dan profile korang dekat portal kerja dari rumah online ni. Dah ramai nanti persaingan tinggi beb!

Sekarang dah tahu pasal ilancee – portal servis untuk kerja dari rumah online kan? Jangan cakap ABANG TAK PAYUNG cerita buat duit online lagi yer! 😛

 

 

 

Advertisements